0

Floria Putrajaya 2011

SEMPENA MEDIA PREVIEW FLORIA PUTRAJAYA 2011

PADA 9.00 PAGI, 8 JULAI 2011 (JUMAAT)

LATAR BELAKANG

i. Sempena menyambut Kemerdekaan Malaysia yang ke 50, Perbadanan Putrajaya untuk pertama kalinya telah menganjurkan Festival Bunga dan Taman Putrajaya 2007 atau Putrajaya Floria 2007.

ii. Penganjurannya mendapat sambutan yang begitu menggalakkan dan telah dianjurkan lagi pada tahun 2009 dengan mencatatkan 504,062 pengunjung dan sekali lagi pada 2010 dengan 660,000.

iii. Tema pada 2007 adalah “Senandung Pelangi” atau “Rainbow Serenade”; 2009 pula “Kemeriahan Warna” atau “Celebration of Colours” dan pada 2010 “Keindahan Tropika” atau “Tropical Splendour”.




TEMA FLORIA 2011

i. Tema FLORIA 2011 ialah “Mawar Untuk Selamanya” (Roses Are Forever) di mana bunga mawar (rose) dipilih sebagai bunga tema festival serta diadun dan disusun dengan kreatif di dalam suasana landskap dan taman.

ii. Penetapan tema dan bunga mawar bagi FLORIA 2011 menggambarkan bahawa negara kita kaya dengan spesis tumbuh-tumbuhan berbunga.


TARIKAN UTAMA

i. Pameran terbesar bunga mawar yang pernah dipamerkan di Malaysia dalam suasana taman dengan melibatkan koleksi melebihi 60 varieti dan kultivar bunga mawar.

ii. Mempamerkan 12,000 pokok bunga mawar pelbagai spesis.

iii. Pameran bunga dan taman mengandungi lebih 400,000 tumbuhan berbunga dan berwarna-warni.

iv. Terdapat 15 taman dan susunan bunga dari penyertaan antarabangsa iaitu New Zealand, United Kingdom, Amerika Syarikat, Hong Kong, Canada, Korea, Taiwan, Jepun, Pakistan, Kenya, Indonesia, Macao, Thailand, China dan Singapura.

v. Pertandingan fotografi dan lukisan cat air.

vi. Terdapat 50 gerai jualan produk landskap, hortikultur dan perkebunan berkonsep ”garden bazaar” akan didirikan dan lebih 55 khemah jualan produk seni dan kraf tempatan Laman Seni. Lebih 40 gerai jualan makanan dan minuman.



LOKASI DAN TARIKH

i. Lokasi: Pesisiran Tasik, Presint 2, Putrajaya.

ii. Tarikh: Dari 9 hingga 17 Julai 2011

iii. Masa:

9.00 pagi - 10.00 mlm pada hari Isnin - Khamis; dan

9.00 pagi - 12.00 tmlm pada hari Jumaat hingga Ahad

**INFORMASI PERTANDINGAN FOTOGRAFI / PHOTOGRAPHY COMPETITION DETAILS**

Pertanding fotografi buka kepada semua / Competition open for all

Tema : Mawar Untuk Selamanya / Theme : Roses are Forever

Dateline : 14th July 2011

Saiz gambar / Picture Size : 800 x 600 px

Hantar kepada / Email to : floriaputrajaya@gmail.com (bersama dengan nama dan nombor telefon / please include your name and phone number)

HADIAH / PRIZES

No. 1 – RM 500

No. 2 – RM 300

No. 3 – RM 200

Pemenang akan dihubungi / Winners will be contacted

Penyampaian Hadiah / Prize Giving Ceremony : 16th July 2011, 230pm – 3,30pm @ Presint 2



Tunggu apa lagi? Jom Floria Putrajaya 2011!



0 comments: